Currently viewing the category: "Unpublished Writings"

Saudara Pengarang,

Akhir-akhir ini, terbuka kembali bicara tentang sekolah satu aliran memandangkan isu kerapuhan perpaduan kaum timbul dek pelbagai peristiwa yang memporak-perandakan keutuhan integrasi nasional. Penulis berdiri di antara setuju dan tidak setuju dengan sekolah satu aliran dan memohon izin untuk melontarkan pendapat yang berbeza.

Pertamanya, isu kerapuhan perpaduan kaum wujud kerana manusia mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan mengikut keperluan dan darjat kehidupan. Perpaduan satu kaum sahaja pun sukar dicapai, inikan pula perpaduan pelbagai kaum. Kejayaan kita hidup dalam keadaan aman dan damai lebih daripada 60 tahun merupakan keunikan Malaysia dan kita harus meraikan keharmonian ini.

Kedua, perpaduan kaum merupakan satu perjalanan yang tidak mudah. Malah usaha berterusan harus dilakukan setiap hari, setiap saat, bukannya hanya setiap tahun pada Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia atau apabila berlaku insiden yang memisahkan kita. Malaysia juga memerlukan inisiatif yang mungkin kecil tetapi mampu menyatu padukan rakyat. Besar kemungkinan tidak memerlukan usaha yang begitu sukar dan payah seperti menyatukan semua aliran sekolah.

Tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan merupakan tunjang utama negara. Namun, tiada salah dan keburukannya jika sekolah pelbagai aliran masih diteruskan. Akan tetapi, jangan dibataskan satu kaum sahaja yang boleh menggunakan kemudahan sekolah-sekolah ini. [Continue Reading…]

Aidilfitri tahun ini….

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat beragama Islam. Bagi penulis, agama Islam ialah agama yang mendidik sifat penyayang, persefahaman dan keamanan. Umat Islam membentuk lebih daripada 65% populasi Malaysia dan sudah pasti Hari Raya Aidilfitri disambut lebih meriah daripada perayaan yang lain. Malah, kekuatan dan keimanan umat Islam yang berjaya berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, menjadikan kehadiran Syawal itu bertambah nikmat.

Namun tahun ini, insiden Plaza Low Yat baru-baru ini mungkin menjadikan suasana Hari Raya tahun ini sedikit tegang. Hal yang disyaki sebagai satu kes pencurian kecil dapat meletuskan perbalahan, mengguris hati kita dan mencetuskan huru-hara.

Pengajaran

Insiden Plaza Low Yat dapat dijadikan satu pengajaran kepada kita semua. Pertama, rakyat Malaysia terlalu mudah mempercayai kata-kata di media sosial, terutamanya yang berbaurkan perkauman dan membangkitkan emosi. Pada persepsi umum, jika banyak orang mengatakan sesuatu perkara dan menaruh benci, maka sudah tentu perkara itu dikira betul dan boleh dipercayai.

Hakikatnya, sesuatu yang sentiasa diperkata-katakan itu tidak semestinya sahih dan benar. Jika penjelasan Ketua Polis Negara yang terpampang di dada akhbar pun boleh disangkal oleh peguambela kepada pemuda yang disyaki mencuri, dapatkah kita mempercayai segala kata-kata dan laporan berita tanpa menyaksikan keadaan sebenar? Oleh itu, pengajaran utama kepada kita semua adalah untuk menentukan kesahihan sesuatu berita sebelum dikongsikan di media sosial atau dibataskan sebagai muzakarah sahaja.

Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan kita haruslah bijak menggunakan kebebasan ini terutamanya dalam media sosial. Penulis ingin memetik pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang berkata bahawa banyak perkara dapat diselesaikan melalui perundingan. Perbincangan yang ditimbulkan melalui media sosial merupakan satu platform yang cukup baik untuk menajamkan minda dan meluahkan pandangan.

Namun, seperti dalam seminar atau mana-mana persidangan yang diadakan, panel penceramah selalunya dibimbing oleh seorang penyederhana atau moderator. Dalam ruangan media sosial pula, tuan punya status atau pandangan itulah yang harus menjadi moderator untuk mengawal situasi apabila komen-komen yang tertimbul tidak relevan atau mula menjadi rancak dengan niat yang tidak baik. Dalam forum atas talian pun begitu. Ada moderator yang ditanggungjawabkan untuk menjalankan tugas mereka. Jika kami berjaya menjadi moderator kendiri untuk segala hujah dalam media sosial dan bijak bertindak apabila berlaku perbualan yang tidak diingini, maka tidak akan timbul soal kawalan sosial media oleh kerajaan.

Kedua, penulis merasakan bahawa kes yang disyaki pencurian di Low Yat itu cumalah percikan yang amat sedikit tetapi apabila dicampur dengan cerita-cerita perkauman dan dibantu media sosial serta pengendali yang tidak bertanggungjawab, api itu dapat membakar hati setiap rakyat Malaysia. Ibarat menuang minyak ke api, seorang pengendali blog turut disyaki merosakkan keadaan dengan menulis blog yang tidak tepat untuk membangkitkan kemarahan segelintir rakyat.

Malah, selepas kejadian di Plaza Low Yat, liar pula disebarkan melalui pesanan telefon palsu bahawa kawasan sekitar Bukit Bintang, yang merupakan tumpuan pelancong itu, tidak lagi selamat dikunjungi. Penulis berkerja di Yayasan Usman Awang yang berpremis di Kompleks Sun dan masih selamat ke pejabat setiap hari. Jelaslah bahawa perpaduan kaum negara kita begitu rapuh, jiwa rakyat cukup mudah diracuni ketakutan dan keadaan begini tidak sihat untuk pembangunan negara yang sedang berkemudi ke arah negara maju.

Soalnya di sini, apakah langkah kerajaan seterusnya untuk menangani kes-kes sebegini agar tidak berlaku lagi? Apakah rakyat Malaysia turut bertanggungjawab dalam insiden ini? Mereka yang menyebarkan berita palsu, yang difikirkan mungkin benar dan menarik, melalui media sosial, jarang sekali memohon maaf atas kesilapan diri. Kalau mahu menarik balik hujah mereka melalui media sosial dan menanggung malu, jauh sekali.

Dato’ Seri Nazir Razak menyarankan rasisme sebagai satu jenayah. Walaupun penulis tidak bersetuju dengan cadangan itu, penulis berasa ada perlunya untuk kita semua sama-sama belajar dan bertambah matang selepas insiden Plaza Low Yat ini. Jika generasi muda tidak pernah merasa keperitan insiden Mei 13 yang menjadi tamparan hebat, cukuplah insiden Plaza Low Yat yang kecil ini mengingatkan kita akan kepentingan perpaduan negara dan kematangan fikiran.

Kita ambil yang jernih, buang yang keruh. Kita ingat-ingatlah pengajaran yang disajikan oleh insiden Plaza Low Yat ini, dan lupakanlah warna dan perbezaan antara kita.

Maaf Zahir dan Batin

Maaf-bermaafan merupakan budaya Timur dan adat umat Islam yang turut menular dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Penulis merasakan bahawa insiden Plaza Low Yat mungkin tidak berlaku jika yang disyaki dan yang mensyaki itu saling maaf-bermaafan. Pemuda-pemuda yang dipukul oleh sekumpulan belia pada malam selepas insiden Plaza Low Yat pun tidak menaruh dendam. Patutlah juga mereka yang memukul itu diberi peluang memohon maaf atas kejadian tersebut.

Aidilfitri tahun ini, marilah kita kunjung-mengunjungi sahabat-sahabat yang beragama Islam. Jika tiada kawan Melayu, kunjungi sajalah jiran yang menyambut Aidilfitri. Setahu penulis, rumah mereka sentiasa terbuka kerana kaum Melayu memang terkenal dengan sifat ramah dan mesra.

Dalam penulisan pandangan ini, jika penulis menyinggung perasaan mana-mana pihak yang sudah pasti tidak disengajakan, penulis menyusun sepuluh jari memohon maaf. Maaf zahir dan batin dan semoga Aidilfitri tahun ini disambut meriah. Benarkan penulis mengungkapkan dua bait puisi Usman Awang sebagai penutup kata.

Malu aku seorang pemuda
kalau hidup belum berjasa
hanya cakap atau kata-kata
aku pemuda harapan bangsa

…..

Sedar dan insaflah saudara
mari bersama menyembahkan bakti
untuk bangsa dan negara
hingga tercipta merdeka abadi.

(Dipetik dari puisi Mari Berbakti oleh Tongkat Warrant, 13 Mei 1949)

Saudara Pengarang,

Sudah sekian lama penulis tidak membeli akhbar Utusan Malaysia kerana seringkali membaca berita dalam talian. Jika ingin membeli akhbar itu pun, penulis sentiasa memilih untuk membeli naskah hari Isnin yang memuatkan sisipan Utusan Melayu versi Jawi yang diedarkan percuma. Walaupun tidak diberi status bumiputera dan bukanlah anak Melayu, penulis suka menggunakan sisipan itu sebagai latihan membaca Jawi agar kebolehan itu kekal dan tidak hilang.

Bahan bacaan Jawi kurang di pasaran

Baru-baru ini, penulis melawat Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan harapan dapat membeli sebuah dua buku ringkas yang menggunakan tulisan Jawi. Harapan tidak tercapai apabila penulis cuma dapat mencari senaskah buku yang kiranya agak tebal di reruai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Lain-lain buku yang menggunakan tulisan Jawi adalah dalam Bahasa Arab atau bahan bacaan agama.

Bacaan mingguan penulis terhenti apabila sisipan Jawi itu tidak lagi dimuatkan bersama Utusan Malaysia. Malah, hendak mencari buku-buku dalam tulisan Jawi juga begitu payah. Penulis seringkali memberi kejutan apabila kawan-kawan mendapati bahawa penulis rupa-rupanya boleh membaca tulisan Jawi.

Maklumlah, kebolehan berbahasa Cina penulis terbatas dan dipaksa ke perpustakaan setiap kali waktu Bahasa Cina diajar di sekolah semasa berada di Tingkatan Satu. Tahun kedua dan seterusnya, penulis diberikan kelas yang tidak menawarkan pembelajaran bahasa ibunda. Waktu dalam perpustakaan yang panjang memberi peluang kepada penulis untuk membaca dan mempelajari ilmu baru. Sebuah buku berkulit merah dengan huruf yang agak besar “Belajar Jawi” menjadi teman selama lapan bulan lamanya.

Buku yang  begitu bagus menjelaskan penggunaan dan penulisan jawi itu sudah tiada di pasaran. Nasib, yang penulis kira bertuah kerana masih dapat melatih pembacaan dengan sisipan Utusan Melayu, tidak menyebelahi pula apabila sisipan itu terhenti penerbitannya.

Semua orang boleh belajar Jawi
Tidak dapat membeli buku yang sesuai, penulis pun membeli buku belajar jawi sekolah rendah dan berjinak kembali dengan tulisan Jawi. Tidak faham kata-kata yang dimaksudkan, penulis tidak segan bertanya di Facebook. Mujurlah rakan-rakan dan guru-guru di sekolah dulu sudi memberi tunjuk ajar. Tidak kurang juga ada yang mengajukan ejekan sinis dan bertanya tujuan sebenar memperlajari tulisan Jawi. Mereka yang mengejek itu, sedihnya, berbangsa Melayu.

Penulis terasa kurang senang bukan kerana diejek tetapi suka menyoal adakah tulisan Jawi itu terbatas kepada golongan Melayu atau yang beragama Islam sahaja? Bukankah tulisan Jawi itu khazanah kebudayaan nasional yang membawa makna yang lebih besar? Apa salahnya jika orang bukan Melayu turut menggunakan tulisan Jawi? Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia nanti faham jugalah tulisan-tulisan yang tertera pada kertas belanja yang kita gunakan setiap hari untuk menukar barangan seharian. Ataupun pandai membaca papan tanda yang bertulisan Jawi.

Tulisan Jawi tidak terbatas penggunaannya hanya kepada golongan Melayu dan untuk tujuan agama sahaja. Lihatlah tulisan katakana orang Jepun yang digunakan secara terbuka, diajar di setiap pelosok dunia dan digunakan sebagai bantuan membaca suku kata bahasa lain.

Tulisan Jawi juga merupakan satu seni warisan lama. Warisan yang patut diteruskan kepada generasi muda. Pada pendapat penulis, penghayatan tulisan Jawi berkurangan bukan kerana kehilangan minat atau generasi baru yang tidak mengambil inisiatif mempelajarinya. Minat dan insiatif masih meluap-luap, cuma bahan bacaan dalam tulisan Jawi kurang dan tidak mudah dicari.

Tambahan pula, tulisan Jawi semakin dilihat hanya digunakan untuk mendalami fahaman agama dan diajar bersama mata pelajaran Agama di sekolah. Lama-kelamaan, Jawi dianggap satu alat untuk menguasai subjek agama sahaja. Tidak hairanlah apabila terdapat ahli politik yang menuduh bahawa penggunaan nama jalan dalam tulisan Jawi itu merupakan salah satu cara memperluaskan ajaran agama Islam dan mengatakan budaya itu bertentangan dengan negara sekular!

Luaskan penggunaan tulisan Jawi

Dalam tahun 1960an, tulisan Jawi diajar di sekolah sebagai mata pelajaran wajib. Mereka yang bukan Melayu turut mempelajarinya. Dalam berita “Wajibkan pembelajaran jawi di sekolah – Kok Seong “, Utusan Malaysia, 18 Januari 2011, Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata tulisan Jawi harus dijadikan sebagai mata pelajaran khusus atau sekurang-kurangnya dimasukkan ketika pembelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.

Penulis juga ingin mencadangkan agar lebih banyak bahan bacaan Jawi diterbitkan untuk bacaan umum. Untuk menarik minat membaca Jawi, bahan bacaan dalam versi Jawi diberikan diskaun atau ditawarkan dalam harga yang jauh lebih murah berbanding dengan bahan yang sama dalam versi rumi.

Kembalikanlah sisipan Jawi dan bukan sahaja dalam Utusan Malaysia malah akhbar lain. Janganlah terhenti dengan “Jawi mingguan” sahaja. Penulis menyarankan agar Utusan Malaysia mendedikasikan satu muka surat, atau lebih baik satu segmen setiap hari menggunakan tulisan Jawi.

Semoga dengan usaha-usaha begini, khazanah budaya ini dapat terus hidup dan tidak lelap dalam hati kita.

Dear Editors,

Festive season is here again. We will be celebrating Christmas, New Year and then Chinese New Year too. However, it is this very season that always sadden me.

On one hand, I do appreciate the many Corporate Social Responsibility (CSR) projects towards the end of the year. On the other hand, I pity the children from welfare homes and orphanages who are forced to perform in the public in return for donations to their homes.

I thank all corporate which would think of the underprivileged. However, there are companies who donate money in return for something – one thing they always do is to ask children to perform during their annual dinners, celebration dinners and many other events. More insulting to these children was when the public relation officers at times demand the children to make thank you cards for the donation they have made. While these companies save on money to hire professional performers, they do not pass 100% of these savings to the children’s homes. Only part of the savings were given as token of appreciation to the homes as donation. Ask these children if they are happy to perform or are they forced to do so. Most of them will answer the latter. This does not only violate human rights but further hurt the dignity of these children and also shows advocacy to child labour.

I feel that such CSR is not appropriate unless of course if the children are really proud and happy to perform for them. I hope that this festive season will be merry and joyful for all parties involved. For those giving sincerely without expecting anything in return, rest assure the returns will be more abundant in the future. For those who would like to ask children to perform, please do ask these children if they really want to do it.

Dear Editors,

When the country is heading towards national reconciliation and adopts the 1Malaysia way,
we have high hopes and expectations for the new, fresh Cabinet of Malaysia.

The recent “Chinese tsunami” and call by our very Home Minister for the people who prefer a different voting system to emigrate, were really uncalled for.

Our Malaysian brothers also blogged and started to insist that the BN government “rewards” Malays and Bumiputera, and sidelining the Chinese just because of the General Elections results. This shows that we still do not understand our brothers and sisters of another ethnics, well enough.

While at general look, the General Election results looks like a major swing of the Chinese voters, Barisan Nasional must understand that there are a lot of Chinese voters who supported the BN too. If the BN is being defensive and start to “teach” a certain ethnic group a lesson, Malaysia will drift further apart from unity.

While many do not agree with street rallies by the Pakatan Rakyat nationwide, these bloggers who blogged to insist on racial line, has added salt to the already wounded unity of Malaysia.

We are Malaysians and this is our country. I can only hope that our fellow Malaysian bloggers understand the need for us to move forward as a nation and stay united.

This is written in regards to charities are drying up during this festive season, non-governmental bodies (NGO) should look at social enterprise models for sustainability.

The concept of social enterprise has been the sustainability factor for many NGOs in America and even our neighbouring country, Singapore, but it is not fully accepted yet in Malaysia. The government has also been slow in drafting relevant acts and policies for the startup of social enterprises.

There are many examples, including confectioneries which generates income to sustain organisations working with poverty and hunger eradication. Social enterprises like TROSA Inc. generates income via furniture refurbishing and professional mover to subsidize the most successful substance abuse rehabilitation programs. The enterprise also provides jobs and creates employment for ex-substance abusers as well as providing residential options. The business has grown from merely an organisation depending on unpredicted revenue to a US$10million company in fifteen years.

There are many case studies and examples of social enterprises, available in book stores and Internet. This model will allow charitable organisations sustain their services and provide income for long term programs. The model also help the country solve social problems other than being an economy boost and employment creation.

The government should facilitate and ease the startup of social enterprise as well as introducing policies and acts that empower NGOs in starting businesses. Current social enterprises in Malaysia are taxed just like any other businesses, making startups more difficult. Educational programs as well as trainings is a must for these organisations have all the while focused on serving the public thus needing new skills to stimulate startups.

I hope NGOs could join hands and look into adopting the concept of social enterprise and government to look at relevant measures for its startup.

各位编辑,
最近举行的净选盟3.0大集会和绿色盛会发生了一些毫无忌惮的暴力事故。我坚决认为那些滋事者包括警方和暴力的抗议者应遭到对付。但先别进一步细述这些事情,别让我们的目光停留在残酷和暴力的事件上。
我们不能忽略当天有着数以百千的人是平静地、喜悦地前往独立广场的,当然还有那些在世界各地静坐的人。对于那些保持冷静和为了公益理由的参与者,为你们的勇气和英勇,我向你们致敬。许多人在和谐的气氛下步行到独立广场,大家是为了干净和公平的选举,以及抱着政府聆听人民心声的希望,我也是其中一人。看着那些发布在面子书上,一张张在脱水和炎热的情况下大家互相扶持、互相援助,还有各族友人不分种族,守望相助渡过困境那种团结精神的照片,我觉得很感动。
此外,关于警员的残暴和警员袭击站岗记者的新闻不断地流传着。以我所见,这是很不公平的。星期六当天风和日丽,警员们严守岗位的同时,新闻界媒体们也在执行任务。对此我坚信警察总长会公正地处理事情。
在另一边厢,我们不可以忘记那些在暴力事件发生以前维持和平的人,据说在古晋的警察部队做得很好,那里的情况很平静。另外在世界各地的净选盟大集会也进行得很顺利,感谢那些维和部队把局面控制得那么好。
菩萨说过,好的事要说好,不好的事就说不好,在我谴责那些小部分暴力的滋事者的当儿,我为那更大部分和平步行的人群喝彩。同时我也认为警方不应该残暴地向群众发射催泪弹,也为那些在世界各地集会中保持冷静和维持和平的人们欢呼!

Dear Editors,

The recent rally for Bersih 3.0 and Himpunan Hijau has been unruly and went violent. I strongly feel that action should be taken on all parties including the police force and violent protesters. But let us not dwell further to see only brutality and violence in our eyes.
Let’s not forget that there were hundreds of thousands of people who marched peacefully and walked with joy to Dataran Merdeka, as well as sitting in peace around the world. To those who kept calm and came out in force for the good causes, I salute you for your courage and bravery despite many odds. Many, like me, walked in the spirit of harmony and for clean and fair elections, as well as to have the government hear the voice of the people. I am so touched with photos posted on Facebook, of people holding on to each other, helping each other at times of dehydration and heat, and in the spirit of unity, helped brothers and sisters of different ethnics to go through hard times.
Also widely circulated are cases of police brutality and incidents of policemen assaulting press men on duty. To me, this is truly unfair. Just like the policemen performing their duty on the fine Saturday, the press were also on duty for the rally. This, I put trust and believe the Inspector General of Police will handle fairly.
On the other hand, let’s not forget those who kept peace before violence happened and the force reportedly in Kuching, which was very peaceful and the police force did their job well. Elsewhere in the world, Bersih rallies were held in peace and thanks to all peacekeepers who handled situations well.
As Buddha said, let us see good as good, bad as bad. While I condemned the act of violence of a small percentage of protesters, I cheer for the larger crowd who walked in peace. While I think police force should not be brutal and started firing tear gas directly to the people, I also cheer for those who kept calm and peace in rallies around the world.
Dear Editors,
Yesterday, Facebook announced that users will be able to update their Timeline with an organ donor status. The move, Mark Zuckerberg, its founder, said will shed lights to 114,000 United States citizens waiting for live-saving organs.
If you have pledged to donate your organs after death and on Facebook, do update your status by going to your Timeline, click on “Life Event” and then “Health & Wellness.” You’ll see the option for “Organ Donor” and can add when and where you registered and your personal story. Asians may only get to update their status later.
For those who would like to pledge their organs and register as a pledger, Voice of Women Association Kuala Lumpur and Selangor also developed a Facebook application for Malaysians. You can pledge organ on Facebook via the pagehttp://facebook.com/SpreadLoveSaveLives and click on the PLEDGE NOW button.
In Malaysia, we have 15,000 people awaiting organs and over 13,000 are kidney patients on dialysis program. Hundreds of people die every year due to lack of organs. With only less than 200,000 or less than 1% of Malaysian population pledged their organs, I feel the 15,000 waiting patients will see no light at the end of the tunnel.
Each person who donates all organs and tissues after death could save up to eight lives and enhance the lives of over 50 people. Let us give hope and shed lights to patients in the waiting list. Spread love and save lives, pledge your organs today!

卓天,面子书(Facebook)披露了用户们将能够以器官捐献者的身份更新他们时间轴(Timeline)的状态。面子书首席执行官马克.扎克伯格认为,这个举动将可以让更多人得悉在美国有11万4千个等着救命器官的人。

如果你登记了在死亡后捐献器官,你可以在面子书上更新你的状态,到时间轴页面点击“生活事件”(Life Event),下拉菜单至“健康与保健”(Health and Wellness),然后你会看到“器官捐献者”的选项。你可以加上你什么时候和在哪里登记捐献器官,当然还可以分享你个人的故事。

至于那些想要报名成为捐献器官的人,雪隆女声也为马来西亚人推动了一个面子书申请。你可以在面子书上通过此链接http://facebook.com/SpreadLoveSaveLives,点击“现在登记”(PLEDGE NOW)的按钮,立即成为器官捐献者。

在马来西亚,我们有1万5千个人在等待器官和超过1万3千个人是仍在洗肾的肾功能衰竭患者。每年有数百人因为器官短缺而丧失性命。正因为只有少过20万或者少过百分之一的马来西亚人口登记成为器官捐献者,我觉得那1万5千个病患不会看见希望的光芒。

每一个在死亡后捐献器官和身体组织的人可以救上8条人命甚至能让超过50人生活得更好。让我们一起来为在等待器官移植的病患带来希望并且让更多人知道此情况。传播爱,拯救生命,今天就捐献器官吧!

根据星洲日报新闻,  “青體部:不倉促將青年限定年齡降至25歲 “,关于马来西亚青年年龄限定的讨论已经是一个长期的问题。
 联合国限定青年年龄为25岁以下。马来西亚国家青年发展政策将青年定义为年龄在15到40岁之间的人群,但这也进一步表面青年发展计划的重心将会倾向年龄在18到25岁的人群。然而,与政策背道而驰的是,许多青年发展计划的收益人都在25岁以上。
将青年的限定年龄降低的建议,很多年前就被提出讨论过,然而却被青年组织中多数领导人否决。从星报的一篇新闻文章就可以不言而喻,现在的领导者认为现今的青年人还没有领导力甚至还远不能在青年组织中拥有一席之地。一些人还表示越年轻的青年越不会对国家问题感兴趣。
这种想法迫使青年人群通过其他的媒体像面子书来为组织活动积聚力量。最近一个为青年议会所做的全国性的涉及5500名青年的调查表明93%的青年人同意设立青年议会而74%的人有兴趣成为一名青年议员。这些数据暗示着青年人没有足够的空间表达心声,他们也对国家问题非常感兴趣。许多成功的青年人已近显现出了领导能力并获得了成功。青年人Nabil Jefri 和 Jacqueline Sijore已经分别在摩托车运动和保龄球比赛中展现了惊人的成功。他们两个几乎都是20岁,Joel Neoh在他20岁还在念大学的时候就成为了百万富翁。
当青年体育部在部长YB Dato’ Sri Shabery Cheek的领导下继续宣布一个不受欢迎的声明把青年年龄降至25岁时,青年组织被这一声明吓了一跳。以他的改革而出名的青年体育部,部长不得不做一些不受欢迎的事。当副部长颜炳寿表示年龄限定将会逐步降低时,我希望更多的青年组织正面积极地看待这个举措并改革青年组织允许青年人领导组织。
周虹伶
青年體育部全國青年諮詢理事會會員